Hutan Belum
Nov 29th, 2008 by zaharaini
Hutan belum berusia jutaan tahun dipercayai keluasannya 4 kali ganda kepulauan singapura . Liputan tv3 29-11-2008. Terdapat 10 spesis enggang menghuni di dalam perutnya. Daripada kenyataan Dato’ Azalina bahawa Royal Belum berpotensi untuk dijadikan ekopelancongan yang baik, saya bersetuju. Akan tetapi apa yang membimbangkan liputan ini akan singgah di telinga dan mata orang-orang yang rakus dan bernafsu serakah terhadap nilai-nilai materi. Kehidupan sosiobudaya orang asli akan terancam. Royal Belum akan ternoda. Percayalah…Hutan simpan Belum amat indah dan ianya warisan alam dari nenek moyang. Jangan dicuit disentuh..kerana sebenarnya ia bukan milik kita hari ini, tetapi hak milik anak cucu kita generasi masa hadapan. Amanah kita menyampaikannya…
