Sekian lama…
September 27, 2009 by zaharaini
Sekian lama tidak mencoret sesuatu di ruangan ini…terlalu banyak cerita yang tidak terungkapkan…kerana terlalu seninya plot untuk sebuah cerita hasil nukilan Ilahi, maka cerita itu terpelusuk di suatu sudut sejarah. Cerita yang ingin aku kongsikan berlegar-legar bersama-sama watak bernama manusia, yang hidup atau yang mati. Oh…baru saja aku ingin mengetip papan kekunci untuk bercerita…masa sudah memanggilku untuk suatu lagi tugasan. Sekian lama ingin aku bercerita pada kalian…tetapi…